email - closerace@gmail.com

email - closerace@gmail.com
sbccmtb@gmail.com

Monday 27 June 2011

HANGAT...PANAS...HOT NEWS..!!!

ATAS PERMINTAAN RIDERS MTB, WALAUPUN TARIKH PENDAFTARAN TELAH DI TUTUP PADA 25 JUN 2011, AJK SUNGAI BUAYA FUN RIDE & SBCC CLOSED RACE ROUND #2 BERSETUJU UNTUK MENERIMA PENYERTAAN PESERTA HANYA PADA HARI EVENT (WALK-IN). TETAPI DENGAN SYARAT BERIKUT:
YURAN    :   RM20.00
T/SHIRT   :   TIADA
GOODIES:   FIRST COME FIRST SERVE (TERHAD)
HADIAH & CABUTAN BERTUAH : LAYAK KEPADA SEMUA PESERTA BERDAFTAR


JUMPA SEMUA PADA 3 JULAI 2011
TERIMA KASIH PADA SEMUA PESERTA ATAS SOKONGAN ANDA
SELAMAT DATANG KE SUNGAI BUAYA

Thursday 23 June 2011

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 25 JUN 2011 (SABTU)

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA MTB RIDERS YANG TELAH BERDAFTAR DALAM ACARA INI.
THANK YOU TO ALL MTB RIDERS REGISTERED IN THIS EVENT.

JUMPA SEMUA PADA 3 JULAI 2011 - SELAMAT DATANG KE SUNGAI BUAYA
SEE YOU GUYS ON 3 JULY 2011 - WELCOME TO SUNGAI BUAYA

'NO HELMET NO RIDE'
'RIDE FOR YOUR HEART'

Friday 3 June 2011

SUNGAI BUAYA FUN RIDE & SBCC CLOSED RACE ROUND #2 pada 03 JULY 2011



'SALAM SEJAHTERA KEPADA         SEMUA RIDERS MTB'
SBCC CLOSED RACE pada mula merupakan salah satu daripada aktiviti mountain bike  yang diadakan oleh Sg. Buaya Cycling Club hanya untuk ahli-ahli kelabnya sahaja. Round #1 telah dilaksanakan dengan jayanya dan SBCC CLOSED RACE ini telah memberi pendedahan pelbagai aspek terutama disegi pembangunan dan displin riders SBCC dalam pertandingan dan kemampuan SBCC untuk menganjur jamboree/kejohanan MTB.
Atas persetujuan AJK dan ahli-ahli SBCC, pada Round #2 ini pihak kami dengan segala hormatnya ingin menjemput riders MTB dari seluruh Malaysia ke Trek Sg. Buaya pada tarikh 3 Julai 2011. SBCC adalah sebagai penganjur utama dengan kerjasama dari JKKK Sg. Buaya juga selaku penaja utama acara/event ini. Acara ini juga akan dikenali sebagai SUNGAI BUAYA FUN RIDE & SBCC CLOSED RACE  ROUND #2.
Konsep perlaksanaan acara ini adalah lebih tertumpu kepada KONSEP JAMBOREE (‘GATHERING’). Walau bagaimana pun akan diadakan juga pertandingan mengikut kategori bagi memeriahkan lagi SUNGAI BUAYA FUN RIDE & SBCC CLOSE RACE Round #2.Hadiah-hadiah adalah lebih diberi tumpuan kepada Cabutan Bertuah daripada hadiah Kategori.
SBCC sekali lagi menjemput dan berharap para riders MTB dapat memberi sokongan pada SUNGAI BUAYA FUN RIDE & SBCC CLOSE RACE Round #2 ini. Maklumat terperinci event ini adalah seperti berikut. Terima Kasih.

Tarikh                  -           3 JULAI 2011
Lokasi                 -           DEWAN KG.SUNGAI BUAYA, Rawang, Selangor  
Flag Off (Mula)  -           08:30 pagi
Check Point      -           5 CP (Termasuk permulaan & penamat)
Water Point        -           3 WP (Banana di WP2)
Trek                     -           Trek Rasmi SBCC (Sekitar Sg. Buaya)
Jarak                   -           >33.8 (20% onroad & 80% offroad)
F & B                   -           Sarapan Pagi & Makan T/Hari disediakan
Yuran                  -           RM30.00
Jumlah Penyertaan TERHAD kepada 500 Peserta sahaja.


KELULUSAN MENGANJUR EVENT
Penganjuran SUNGAI BUAYA FUN RIDE & SBCC CLOSED RACE #2 oleh SBCC telah mendapat  KEBENARAN / KELULUSAN daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Disertakan surat rasmi dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

KATEGORI PESERTA
1. Veteran Lelaki (Atas 45 Tahun)
2. Terbuka Lelaki (18 Tahun – 44 Tahun)
3. Lelaki Junior (Bawah 17 Tahun)
4. Terbuka Wanita

PENDAFTARAN PESERTA
> SILA HUBUNGI:
019-3237292 (En. Azahed)
012-6109061 (Capt. Azmy)

> YURAN : RM 30.00 - Pecahan perbelanjaan yuran peserta adalah seperti berikut:
RM 15.00     -     T/Shirt
RM 8.00       -     Sarapan Pagi & Makan T/Hari
RM 2.00       -     Plate No
RM 5.00       -     Hadiah Kategori

> TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 25 JUN 2011
(Tiada Penyertaan lewat / 'Walk in' disaat akhir)



> CARA PEMBAYARAN YURAN : Sila bayar kepada akaun BANK ISLAM-12207010001703 atas nama KELAB BERBASIKAL SUNGAI BUAYA 
Sila Fax atau email Borang Pendaftaran & Slip Bayaran ke:
Fax No:  03-60213982 
sbccmtb@gmail.com atau closerace@gmail.com
(NOTA : Pastikan nama peserta ditulis pada Slip Bayaran)

> BORANG PENDAFTARAN : Sila download borang berikut untuk pendaftaran:














HADIAH
Hadiah-hadiah bagi SUNGAI BUAYA FUN RIDE & SBCC CLOSED RACE ROUND #2 adalah lebih tertumpu kepada HADIAH CABUTAN BERTUAH, HADIAH MISTERI daripada HADIAH KATEGORI oleh kerana event ini lebih kepada JAMBOREE dari RACE.

> HADIAH KATEGORI :
Setiap Kategori Veteran Lelaki (Atas 45 Tahun), Terbuka Lelaki (18 Tahun – 44 Tahun), Lelaki Junior  (Bawah 17 Tahun) dan Terbuka Wanita:
1.    Pertama -   Medal & Wang Tunai
2.    Ke 2        -   Medal & Wang Tunai
3.    Ke 3        -   Medal & Wang Tunai
4.    Ke 4        -   Medal & Wang Tunai
5.    Ke 5        -   Medal & Wang Tunai 
Jumlah hadiah wang tunai adalah sumbangan dari yuran peserta sebanyak RM 5.00 setiap peserta. Contoh pembahagian kutipan dari sumbangan peserta adalah seperti berikut:
500 peserta X RM 5.00 = RM 2,500.00 / 4  Kategori = RM 625.00 setiap kategori
Pertama -   30% = RM 187.50
Ke 2        -   25% = RM 156.25
Ke 3        -   20% = RM 125.00
Ke 4        -   15% = RM 93.75
Ke 5        -   10% = RM 62.50
Hadiah Medal  setiap kategori adalah sumbangan dari SBCC
Hadiah Wang Tunai setiap kategori adalah sumbangan dari PESERTA

> HADIAH CABUTAN BERTUAH :  
Lebih dari 100 HADIAH CABUTAN BERTUAH disediakan terdiri dari pelbagai jenis seperti 'bicycle part', hamper dan lain-lain sumbangan/tajaan SBCC dan JKKK Sg.Buaya serta penaja. Semua peserta layak untuk cabutan bertuah.
>>> Penaja Utama Cabutan Bertuah & Misteri:
        *  JKKK Sg. Buaya
        *   Sg. Buaya Cycling Club
        >>> Tajaan Bersama: 
                *   ZYAN Catering, Sg. Buaya 
                *   Kedai Pak Salleh (Gaban). Sg. Buaya
                *   PROVANTAGE
                *   Saudagar Kayuhan 2 Roda, Antara Gapi
                *   US BINA
                *   HNA04
                *   H'BAT Trading
                *   SHELL Templer Park
                *   LIGAMAS ENTERPRISE

                *   TAN KEDAI BASIKAL BTG. KALI
                *   SIX POINT CAFE
                *   PERODUA
                *   adabi
                *   Red Adventure
                *   WMS Adventures Rawang
                *   TECHNOCOLOUR SDN BHD               
       >>> Media Rasmi:   *   Cycling Malaysia               
                                           *   MAJALAH SANTAI                         
      


(Senarai Penaja akan di 'update' dari masa-kesemasa)

> HADIAH-HADIAH  LAIN :   
1.   Peserta Kumpulan/Pasukan paling RAMAI peserta (kecuali SBCC)
2.   Peserta bukan Ahli SBCC yang PERTAMA mendaftar
3.   Kumpulan/Pasukan yang paling RIUH
4.   Peserta yang paling SPORTING & BEKERJASAMA
5.   Dan banyak lagi hadiah misteri

MEDAL...MEDAL...MEDAL...!!!
Atas permintaaan riders MTB, syukur alhamdullillah. setiap peserta yang berjaya menamat kayuhan ke Garisan Penamat akan menerima MEDAL dan yang pastinya bukan medal plastik. Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga bagi pihak semua riders MTB kepada penaja medal event ini  HNA04. TERIMA KASIH...TERIMA KASIH & TERIMA KASIH.



GOODIES
Pengambilan Goodies boleh dibuat pada 02 July 2011 (Sabtu) mulai 1000hrs sehingga 1600hrs bertempat di Pejabat SBCC c/o Provantage, Jalan Kenangasari, Bdr. Sg. Buaya, Rawang, Selangor dan pagi 03 July 2011 (Ahad) di Dewan Kg. Sg Buaya semasa hari event berlangsung.


TREK-TREK RASMI SBCC   
Trek-trek yang akan digunakan sepanjang jamboree ini merupakan Trek Rasmi SBCC disekitar Sg. Buaya dengan pelbagai jenis laluan/trek dan keadaan mukabumi serta 'enviroment' persekitaran yang berlainan. Pasti laluan-laluan ini menarik kepada peminat & riders MTB yang menyertai jamboree ini.
                                                Jarak - >33.8KM (20% onroad & 80% offroad)
·        Permulaan onroad >1.6KM Speed Limit (20-30KM/hr) tidak boleh memotong Kenderaan Official/Marshall Event
·         Seterusnya onroad jarak >2.4KM
·         Mula offroad sejauh >16KM
·         Onroad jarak >1.3KM jarak
·         Kembali offroad
·         Onroad jarak >1.4KM ke Garisan Penamat

>>> Info Trek Sg. Buaya dari ahli PCC (Pedalholic Cycling Club) semasa FRIENDLY RIDE PCC & SBCC pada 5 jun 2011 seperti berikut:


UNTUK GAMBAR SG. BUAYA TRAIL SILA KLIK
http://www.flickr.com/photos/sbccmtb/sets/72157626110654077/





UNDANG-UNDANG/SYARAT-SYARAT / PERATURAN   
Peserta akan diberi taklimat undang-undang / syarat-syarat sebelum pelepasan / permulaan. Peserta mesti mematuhi dan keputusan pengadil adalah muktamad.

ATURCARA  

3 Julai 2011 (Ahad)
0700hrs  -   0800hrs       -           Pendaftaran akhir peserta
                                                Sarapan Pagi
0800hrs  -   0830hrs       -           Peserta ambil kedudukan di garisan permulaan
                                                Bacaan Doa Selamat
                                                Taklimat Ketua Marshall kepada peserta
0830hrs  -                     -           ‘Flag Off’ (Acara Bermula)
1300hrs  -                     -           Jangkamasa peserta terakhir tamat kayuhan
                                                    Jamuan T/Hari
                                                Ucapan Pengarah Event
                                                                                          Ucapan Perasmian Penutupan oleh VIP
                                                 Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah
1600hrs                         -           Acara Tamat


SENARAI PENYERTAAN
(SILA LIHAT DI BAWAH)